MALAYSIA bermula garang dalam
aksi pertama bola sepak kelayakan Asia bawah 17 selepas membenam Macau 7-0
dalam saingan di Stadium Selayang dekat Kuala Lumpur, semalam.
Pasukan negara mendahului 3-0
pada babak pertama menerusi jaringan Kamarul Afiq Kamaruddin (4), Mohd. Amirul
Hadi Zainal (9) dan Mohd. Firdaus Yusof (34).
Empat lagi gol pada babak kedua
dijaringkan oleh Mohd. Ridzuan Othman (69), Nor Shahrul Idlan (72, 85) dan
Mohd. Nurul Azwan Roya (75).
Dalam satu lagi perlawanan, Jepun
membelasah Brunei 11-0 dengan Maeda Shunsuke menjaringkan tujuh gol pada minit
pertama, 13, 14, 43, 71, 74 dan 89.
Manakala satu gol masing-masing
dijaringkan oleh Yamamoto Takuya (20), Fujii Takashi (24), Nagahama Yu (82) dan
gol sendiri pemain Brunei, Mohd. Firdaus (87).
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0512&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_07.htm#ixzz4c9m0pcue
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan