Isnin, 20 Mac 2017

Peluang kita makin tipis

ARKIB : 27/01/2002
BANGKOK - Peluang Malaysia untuk merebut tempat ke separuh akhir bola sepak bawah 20 Asean daripada kumpulan A nampak sukar apabila tewas 1-0 kepada Singapura dalam perlawanan ketiga di sini, semalam.

Pasukan bimbingan jurulatih dari Brazil, Jorvan Vieira itu kini terpaksa menunggu perlawanan terakhir menentang skuad tuan rumah, Thailand untuk menentukan kedudukan.

Selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Myanmar pada perlawanan pertama dan seri 3-3 dengan Indonesia kelmarin, pasukan negara tidak mempunyai pilihan kecuali menang ke atas Thailand, pasukan pilihan untuk menjuarai kejohanan sulung ini.

Ia merupakan kemenangan pertama bagi Singapura dalam kejohanan ini selepas tewas besar 5-1 kepada Thailand dan 7-1 kepada Myanmar.

Thailand hampir menempah tempat ke separuh akhir selepas seri 1-1 dengan Myanmar, semalam dan hanya memerlukan seri dalam pertemuan dengan Malaysia, esok.

Thailand kini mengumpul tujuh mata daripada tiga perlawanan diikuti Myanmar dan Malaysia yang berkongsi empat mata.
Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0127&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4br2H9f80

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan