ARKIB : 08/03/2003
MASALAH kecederaan terus
menghantui persiapan pasukan bola sepak bawah 21 tahun Malaysia menjelang
pertemuan menentang Brazil pada kejohanan Bola Sepak Antarabangsa Malaysia
FAM-ProEvents 2003 yang akan berlangsung pada 13 hingga 16 Mac ini.
Terbaru, pemain tengah, Mohamed
Fadzli Shaari mengalami kecederaan ketika perlawanan persahabatan dengan kelab
Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) Selangor, malam kelmarin.
Keadaan itu jelas memeningkan
jurulatih, K. Rajagopal yang hampir pasti tidak dapat mengggunakan khidmat dua
lagi pemain, Harizal Izwan dan Mohamed Ghazali Jamil yang masih cedera bagi
pertemuan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 13 Mac ini.
``Fadzli cedera selepas
perlawanan persahabatan semalam (kelmarin). Kecederaannya tidak begitu serius
dan dia mungkin terpaksa berehat sekurang-kurangnya empat hari,'' kata
Rajagopal ketika ditemui di Wisma FAM di Kelana Jaya, semalam.
Jurulatih itu berharap Fadzli,
salah seorang pemain berpengalaman dalam skuad itu selain Rudie Ramlie, dapat
kembali beraksi bagi membimbing pemain-pemain lain yang masih cetek pengalaman.
Dengan hanya lima hari sebelum
perlawanan tersebut, Rajagopal tidak mempunyai masa yang cukup untuk
menyenaraikan pemain-pemain lain menggantikan mereka yang cedera dan terpaksa
menjana strategi menggunakan barisan sedia ada.
Jurulatih itu juga tidak mahu
memberi tekanan kepada pemain-pemain muda bimbingannya atau mengharap mereka
mencipta keajaiban pada pertemuan dengan Brazil nanti
Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0308&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4ciG89CE6
SUMBER© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan