Selasa, 21 Mac 2017

Malaysia terima laluan berliku



 SKUAD Bawah 22 tahun Malaysia menerima laluan berliku pada pusingan kelayakan Kejohanan Asia 2018 Bawah 23 tahun yang akan berlangsung dari 19 hingga 23 Julai ini.

17 Mac 2017 7:22 PM
AddThis Sharing Buttons
Share to FacebookShare to TwitterShare to WhatsAppShare to TelegramShare to EmailShare to More

KUALA LUMPUR 17 Mac - Malaysia berdepan laluan berliku pada pusingan kelayakan Kejohanan Bola Sepak Asia Bawah 23 tahun yang akan diadakan di China pada 2018 apabila diundi dalam kumpulan yang sama dengan dua gergasi Asia Tenggara, Thailand dan Indonesia.

Dalam undian yang dilakukan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini, skuad bawah 22 tahun negara yang dibimbing Frank Bernhardt itu diletak dalam Kumpulan H bersama Thailand, Indonesia dan Mongolia.

Pusingan kelayakan bakal berlangsung dari 19-23 Julai ini, yang mana hanya juara dan naib juara kumpulan akan melayakkan diri ke pusingan akhir.

Sebanyak 40 negara dibahagikan kepada 10 kumpulan untuk merebut tempat ke pusingan akhir di China yang dijadual berlangsung pada 9 hingga 17 Februari, tahun depan.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John berkata, aksi kelayakan tersebut mampu menjadi medan terbaik buat Malaysia untuk menguji keupayaan sebelum menjadi tuan rumah Sukan SEA, 19-31 Ogos ini.

“Ia medan terbaik buat skuad Malaysia mengukur tahap keserasian kerana ia seperti perlawanan yang bakal Malaysia tempuhi pada Sukan SEA nanti,” kata Windsor dalam majlis undian di AFC House, Bukit Jalil, hari ini.

Skuad B-22 negara ketika ini berada di Dubai bagi menghadapi Kejohanan B-23 Piala Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang bermula Isnin ini, sebagai pasukan bayangan yang akan menggalas cabaran pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, pada Ogos. - UTUSAN ONLINE

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/malaysia-terima-laluan-berliku-1.458265#ixzz4c0nK6tc5© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan