ARKIB : 14/10/2001
PEMAIN Malaysia, Amin Shahreen
Mubin (tengah) cuba menghalang bola sepakan pemain Hong Kong, Li Hang Wui dalam
aksi bola sepak Sekolah-Sekolah Asia di Stadium KLFA, Cheras, semalam. Malaysia
menang 3-1. - Gambar SAIFUL BAHARI ASHARI.
BEKAS pemain kelab Jerman, SV
Wehen, Mohd. Fadzli Shaari menjaringkan dua gol untuk membantu Malaysia
menundukkan Hong Kong 3-1 dalam Kejohanan Bola Sepak Bawah 18 Sekolah-Sekolah
Asia di Stadium KLFA, Cheras, semalam.
Satu lagi gol skuad negara
diperoleh menerusi Khairul Izwan Khalid. Gol tunggal Hong Kong dijaringkan oleh
Li Chun Wai.
Fadzli membuat sepakan dari
jarak kira-kira 20 meter yang tepat ke penjuru atas sebelah kanan gawang Hong
Kong untuk gol penyaman.
Gol kedua negara diperoleh pada
minit ke-59 menerusi tandukan Khairul Izwan. Tiga minit sebelum wisel penamat,
Fadzli membuat larian solo dari kiri ke dalam kawasan gol sebelum menyepak
masuk gol ketiga Malaysia. Terdahulu, pasukan pilihan Thailand membelasah Sri
Lanka 12-0 di Stadium Maybank, Bangi dalam perlawanan Kumpulan A.
Kitipon Paphu-nga menjaringkan
empat gol sementara Ekapan Inthasen dan Banaikongbrabhan masing-masing
menyumbang dua gol.
Dalam Kumpulan B, Korea Selatan
menumpaskan Vietnam 3-0 sementara Indonesia mengatasi China 1-0 dalam satu lagi
perlawanan di Stadium Selayang.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=1014&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4blc8VWz3
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan