Isnin, 27 Mac 2017

Malaysia duduki tangga ke-107



ARKIB : 16/01/2003
MALAYSIA melonjak ke tangga ke-107 dalam ranking terbaru dunia yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) semalam, naik 20 anak tangga hasil menduduki tempat keempat pada Kejohanan Piala Tiger di Jakarta bulan lepas.

Kedudukan terkini skuad negara adalah yang terbaik sejak beberapa lama, walaupun masih kekal berada di bawah dua kuasa besar Asia Tenggara, Thailand dan Indonesia yang masing-masing menguasai dua tempat teratas kelompok pasukan Asia Tenggara.

Thailand yang muncul juara Piala Tiger berada di tempat ke-54 (naik 12 anak tangga) manakala Indonesia di tangga ke-84 (naik 26) dalam ranking dunia, menurut laman web fifa.com. Vietnam yang menewaskan Malaysia pada perlawanan penentuan tempat ke-3/4 Piala Tiger berada di tempat ke-93 (naik 15).

Di kalangan pasukan-pasukan Asia, Malaysia menduduki tempat ke-18, Thailand keenam, Indonesia ke-11 dan Vietnam ke-14. Korea Selatan masih di tempat teratas kelompok Asia diikuti oleh Jepun dan Iran.

Di peringkat dunia, Korea berada di tempat ke-20, Jepun ke-22 manakala Iran ke-34. Brazil masih menduduki tempat pertama dunia diikuti oleh bekas juara dunia, Perancis, Sepanyol, Jerman dan Argentina.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4cVd11Osm
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan