Jumaat, 24 Mac 2017

Tiga kad merah punca Malaysia dibelasah Thailand



Skuad bola sepak B-22 negara
Skuad bola sepak B-22 negara
Sufian Hadi Sojak
23 Mac 2017 11:26 PM

KUALA LUMPUR 23 Mac - Skuad bola sepak bawah 22 tahun (B-22) negara tewas 4-0 di tangan Thailand pada aksi kedua Kejohanan B-23 Piala Dubai 2017 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), sebentar tadi.

Lebih memeritkan, perlawanan tersebut dicemari tiga layangan kad merah kepada skuad kebangsaan, menyaksikan penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi, penyerang Safawi Rasid dan pemain tengah Ahmad Khairil Anuar dibuang padang.

Biarpun beraksi dengan hanya 8 pemain untuk tempoh 15 minit terakhir akibat dibuang padang, namun anak-anak buah Frank Bernhardt tetap memberi saingan kepada barisan negara Gajah Putih itu.

Keempat-empat gol Thailand disumbang oleh Sittichok Kannoo pada minit ke-19 menerusi sepakan penalti, Sasalak Hariprakhon (minit ke-60), Phitiwat Sookjitthumakul (minit ke-65) dan Tanasith Siripala (minit ke-90).

Skuad projek Sukan SEA 2017 itu bakal berdepan Singapura Ahad ini dalam usaha memburu tiga mata pertama setelah terikat 1-1 dengan China pada aksi pembukaan, Selasa lalu. - UTUSAN ONLINE

Sumber-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/tiga-kad-merah-punca-malaysia-dibelasah-thailand-1.460841#ixzz4cHz2QiuJ© Utusan Melayu (M) Bhd


Tiada ulasan:

Catat Ulasan