ARKIB : 20/10/2001
KOREA SELATAN 4 MALAYSIA 0
THAILAND 4 INDONESIA 0
MALAYSIA terpaksa akur dengan
kehebatan Korea Selatan apabila tewas 4-0 pada perlawanan separuh akhir
Kejohanan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Asia ke-29 di Stadium KLFA, Cheras
semalam.
Korea Selatan akan bertemu
Thailand pada perlawanan akhir hari ini. Thailand menewaskan Indonesia juga 4-0
dalam satu lagi separuh akhir.
Barisan pemain negara
seakan-akan buntu apabila gagal melakukan tindakan penyudah dalam setiap
percubaan ke gawang Korea Selatan.
Korea Selatan menguasai
permainan dan membolosi pintu gol Malaysia seawal minit ke-10 menerusi jaringan
Jong Gwang Jo. Gol kedua menerusi Shim Jae Won tiga minit kemudian sebelum Shim
Jae Won sekali lagi menambah gol minit ke-48.
Kim Hyeung Bum pula
menyempurnakan sepakan penalti untuk gol keempat minit ke-71.
Di Stadium Selayang, Thailand
membelasah Indonesia 4-0 menerusi jaringan Satid Mukkratok pada minit kelima,
Ekapan Inthasen (7, 18) dan Ves Chanau-Thai minit ke-49.
JADUAL HARI INI
Akhir
Korea Selatan lwn Thailand
(Stadium KLFA,
Cheras 8.30 malam)
Tempat ke-3 dan ke-4:
Malaysia lwn Indonesia
(Stadium Selayang 5 petang)
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=1020&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_08.htm#ixzz4bm8YoYMt
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan