Skuad B-22 negara yang kini dalam
persediaan menghadapi temasya Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos nanti menggunakan
pendekatan taktikal berbeza daripada aksi terakhir berdepan Vietnam dalam
perlawanan persahabatan bulan lalu yang menyaksikan mereka dibelasah 0-3.
Malaysia tampak ‘belajar’ sesuatu
daripada kekalahan memalukan itu apabila berhasil memastikan China yang
dibimbing Fabrizio Del Rosso terpaksa menggigit jari khususnya pada babak
pertama walaupun lawan dibarisi pemain lebih baik.
“Pada separuh masa pertama, kami
bermain dengan corak bertahan kerana mereka menurunkan pemain yang bagus.
“Tapi berbeza selepas rehat, kami
lebih banyak menguasai permainan dan menyerang dengan taktik menekan serta
serangan balas. Sebenarnya kami ada dua peluang baik untuk menjaringkan gol,”
katanya.
Selepas terikat tanpa jaringan
pada separuh masa pertama, China terlebih dulu memecah kebuntuan menerusi
sepakan penalti Yao Jun Sheng pada minit ke-69.
Bagaimanapun, pemain negara
menunjukkan semangat juang jitu dengan melancarkan serangan bertali arus yang
membuahkan hasil pada minit ke-90 apabila penyerang N Thanabalan pantas
menyambar bola muntah tangkapan penjaga gol China Zhou Yu Chen, hasil tandukan
pertahanan negara, Syazwan Zaipol Bahari.
“Keputusan 1-1 ini bagi saya baik
untuk kedua-dua pasukan. Saya harap pemain dapat menggunakan keputusan ini
sebagai motivasi untuk beraksi dengan lebih baik dalam perlawanan seterusnya,”
katanya.
Penarikan diri Arab Saudi pada
saat akhir menyaksikan Malaysia bakal meneruskan kempen menentang Thailand
esok, sebelum bertemu Singapura pada Ahad ini. Jordan akan menjadi lawan terakhir
ditemui Selasa depan.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Rabu, 22 Mac 2017 @ 8:33 AM
ARKIB : 02/04/2002
Kedah bertakhta
KEDAH kembali garang dengan
kemenangan untuk mengukuhkan cengkaman di tangga teratas bola sepak Liga
Perdana Dua apabila menewaskan KL Malay Mail 3-0 di Stadium KLFA, Cheras,
semalam.
Telekom Melaka turut mengukuhkan
kedudukan di tangga kedua selepas menang 2-0 ke atas MPPJ Selangor di Stadium
Hang Tuah.
Isaac Kufor membuka jaringan
menerusi sepakan penalti minit ke-64 dan Rosli Hasyim menambah gol kedua minit
ke-74.
KL Malay Mail sebelum ini
mencalar rekod kemenangan berturut-turut Kedah apabila mengikat skuad Kenari
tanpa jaringan di Alor Setar, minggu lalu.
Gol Kedah dijaringkan oleh Akmal
Rizal Ahmad Rakhli minit ke-48, Zainuddin Mohd. Ariffin (62) dan Liew Kit Kong
(89).
Ia adalah kemenangan ke-12 Kedah
untuk mengumpul 34 mata daripada 13 perlawanan.
Di Stadium Hassanal Bolkiah,
Bandar Seri Begawan, pasukan tuan rumah, Brunei tumpas 3-1 kepada Johor.
Pasukan pelawat mendahului 3-0
menerusi jaringan Mohd. Faizal Idris minit ke-36 dan 45 serta gol pada babak
kedua minit ke-52. Gol tunggal Brunei dijaringkan oleh Abang Norsilmi Taha
minit ke-61.
Di Stadium Sultan Mohd. IV, Kota
Bharu, TNB Kelantan turut gagal di tempat sendiri apabila tewas 3-2 kepada
Tentera.
Pasukan tuan rumah mendahului 2-0
menerusi jaringan Ahmad Zalghafari Manaf (46) dan Junaidi Daud (59) tetapi
Tentera membalas dengan tiga gol jaringan penalti Mohd. Zahid Hashim (63),
Andrew Lawadin (71) dan Yuzaidee Rejab (88).
Di Stadium Darulaman, Alor Setar,
JKR Kedah turut tewas kepada pasukan pelawat, Polis 1-0.
Gol Polis dijaringkan oleh
Rohaizam Md. Ridi minit ke-12 dalam perlawanan yang menyaksikan pemain import
Polis, Pheophilus Ammo dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain JKR Kedah,
Mohd. Shahril Dahlan.
Di Stadium Selayang, Public Bank
Selangor menewaskan SKM Kelantan 2-0 hasil jaringan Marek Svec (16) dan M.
Chandran (77).
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0402&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4c13g9skV©
Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan