Selasa, 21 Mac 2017

Malaysia buru keputusan positif di Manila



PASUKAN Harimau Malaysia mencari kemenangan apabila menentang
PASUKAN Harimau Malaysia mencari kemenangan apabila menentang Filipina dalam aksi persahabatan di Manila, Rabu ini bagi memperbaiki ranking dunia.

20 Mac 2017 8:15 PM
AddThis Sharing Buttons
Share to FacebookShare to TwitterShare to WhatsAppShare to TelegramShare to EmailShare to More11

SEPANG 20 Mac - Ketua Jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee memburu keputusan positif apabila skuad kebangsaan turun berdepan Filipina dalam aksi persahabatan antarabangsa kelas A di Stadium Memorial Rizal, Manila, Rabu ini.

Beliau menegaskan, kemenangan ke atas skuad ‘The Azkals’ penting bagi memperbaiki ranking Malaysia yang berada pada kedudukan ke-161 dunia untuk bulan Mac.

“Ini perlawanan pertama kita tahun ini dan saya harap kita dapat bermula dengan baik. Saya telah beritahu pemain bahawa keputusan perlawanan amat penting dan mereka faham mengenai perkara tersebut,” katanya.

Kim Swee berkata demikian ketika ditemui pemberita sebelum skuad kebangsaan berlepas ke Manila di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Pengendali kelahiran Melaka itu bagaimanapun mengakui, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki seperti kerap kehilangan bola di kawasan tengah selain kelonggaran pertahanan ketika skuad kebangsaan menang tipis 1-0 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada aksi persahabatan di Stadium Panasonic, Shah Alam, Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Kim Swee menegaskan beliau akan terus menjalankan tugasnya selaku jurulatih kebangsaan walaupun kedudukan dijangka berubah selepas pemilihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang diadakan serentak dengan Kongres Tahunan ke-53 badan induk itu pada Sabtu ini.

“Dah tentu saya ingin menghabiskan kontrak saya bersama FAM, yang mana masih banyak lagi perkara belum saya capai bersama pasukan kebangsaan.

“Apa sekali pun saya harus menerima segala keputusan yang akan dibuat selepas Kongres FAM nanti, jadi saya harap kedua-dua pihak (saya dan FAM) dapat berbincang dan saya pasti keputusan akan dibuat selepas kongres itu nanti,” katanya lagi.

Kontrak Kim Swee bersama skuad negara yang bermula pada Januari 2016 akan berakhir pada Januari 2018. - BERNAMA

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/malaysia-buru-keputusan-positif-di-manila-1.459589#ixzz4c0kkf4uQ© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan