ARKIB : 30/12/2002
JAKARTA - Jurulatih kebangsaan,
Allan Harris menyifatkan kekalahan 2-1 pasukannya kepada Vietnam dalam
penentuan tempat ketiga Piala Tiger 2002 di Stadium Gelora Bung Karno, Senayan,
semalam sebagai pengajaran penting untuk pemainnya.
``Saya kecewa kerana kita bermain
dengan baik dalam dua perlawanan termasuk menewaskan juara bertahan Thailand
3-1.
``Begitu juga pada separuh akhir,
walaupun tewas 1-0 kepada Indonesia tetapi mereka beraksi begitu baik tetapi
hari ini jelas mereka mempamerkan persembahan hambar,'' katanya.
Bagaimanapun katanya, kekalahan
itu menunjukkan bahawa pemain perlu memperbaiki kelemahan supaya mereka dapat
menghadapi cabaran dalam kejohanan akan datang.
``Skuad ini bagus, cuma mereka
masih muda tetapi masih ada masa untuk membentuk pasukan mantap pada masa
depan,'' tambah beliau. - Utusan
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=1230&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4cQGLjlI8
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan