Sabtu, 18 Mac 2017

Skuad negara kena ganyang

ARKIB : 20/07/2001
PASUKAN Malaysia yang menyiapkan diri untuk pertemuan menentang kelab terkemuka England, Manchester United mengulangi kesilapan mudah apabila tewas 4-0 kepada Arab Saudi dalam perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Kelana Jaya, semalam.

Begitupun barisan pemain muda negara masih mampu bertahan pada babak pertama dan hanya melepaskan satu gol kepada lawan.

Arab Saudi yang menurunkan barisan pemain yang akan beraksi pada pusingan akhir kelayakan Piala Dunia Asia menjaringkan gol pertama menerusi Abdullh Al Shihan yang menewaskan pertahanan, Redzuan Radzy sebelum mengelecek Kamarulzaman Hassan dan menguis bola masuk ke pintu gol.

Arab Saudi terus menguasai permainan sementara para pemain negara seakan kehilangan punca untuk mengimbangi permainan lawan yang nyata jauh lebih berpengalaman. Tiga lagi gol Arab Saudi dijaringkan oleh Marzouk Al Otaidi (73) dan Obaid Al Dosari (80 dan 90).
SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0720&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4bhTIa7MT

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan