Sabtu, 18 Mac 2017

Piala LG: Bawah 23 tewas kepada tuan rumah

ARKIB : 15/08/2001
PASUKAN bola sepak bawah 23 kebangsaan tunduk 2-0 kepada tuan rumah, Pilihan Bandaraya Ho Chi Minh dalam perlawanan terakhir kumpulan B Piala LG di Stadium Thong Nhat, Vietnam semalam.

Kegagalan itu menyaksikan Malaysia akan bertemu kelab dari Indonesia, PSM Makassar pada separuh akhir, esok. Makassar muncul juara kumpulan A selepas menang kedua-dua perlawanan kumpulan.

Malaysia menamatkan peringkat kumpulan dengan tiga mata, hasil kemenangan 2-1 ke atas Universiti Kyun Hee dari Korea Selatan pada perlawanan pertama.

Dua gol Pilihan Ho Chi Minh dijaringkan oleh Ngu Chi Tang pada minit ke-27 dan David Serene minit ke-47.

Dalam satu lagi separuh akhir esok, Pilihan Ho Chi Minh bertemu Melbourne Knights dari Australia.

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0815&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4binVgRXw © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan