ONG KIM SWE akan mengumumkan
senarai akhir skuad Harimau Malaysia yang bakal beraksi menentang Korea Utara,
Isnin depan.
03 Mac 2017 4:35 PM
LONDON 3 Mac - Senarai pemain
yang akan mewakili Harimau Malaysia pada pusingan ketiga kelayakan Piala Asia
2019 yang bakal berlangsung di Pyongyang, Korea Utara akan dikeluarkan pada 6
Mac ini.
Ketua jurulatih negara, Datuk
Ong Kim Swee berkata, senarai 27 pemain tersebut akan dikeluarkan pada tarikh
itu, hasil perbincangan beliau bersama para jurulatih pasukan yang berada di
Malaysia.
“Saya akan menamakan pemain
saya pada minggu depan untuk membolehkan kita memulakan latihan pada 13 Mac
ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Padang Latihan Queens Park
Rangers (QPR) di Harlington di sini hari ini.
Kim Swee dan penolong
jurulatih, Brad Maloney berada di QPR untuk berguru dengan kelab Liga Kejuaraan
England itu selama sebulan bermula pada 7 Februari hingga 8 Mac bagi membantu
membentuk pasukan kebangsaan menjelang kelayakan Piala Asia 2019.
Pemergian mereka ditaja
sepenuhnya oleh penaja rasmi QPR, AirAsia menerusi usaha pemilik kelab yang
juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.
Dalam pada itu, ditanya tentang
venue bagi perlawanan tersebut, Kim Swee berkata, buat masa ini ia masih
berjalan mengikut jadual iaitu bermain di Pyongyang, namun baginya lokasi di
mana ia akan berlangsung adalah tidak penting. - UTUSAN ONLINE
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/kim-swee-umum-skuad-ke-pyongyang-isnin-depan-1.451748#ixzz4aHN9trJM
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan