Khamis, 16 Mac 2017

Kalah 5-1 satu pengajaran



ARKIB : 06/03/2001
HONG KONG - Pertemuan dengan Qatar dalam perlawanan pusingan kelayakan bola sepak Piala Dunia di sini telah membawa skuad muda negara ke satu dimensi yang tidak pernah mereka alami sebelum ini.

Jelas bahawa perlawanan itu, yang dimenangi Qatar 5-1 kelmarin, membawa banyak pengajaran untuk direnungi oleh pemain-pemain kebangsaan. Salah satu daripadanya ialah bagaimana pemain-pemain negara boleh membenarkan Qatar kembali ke dalam permainan untuk menyamakan kedudukan selepas Malaysia mendahului 1-0 menerusi Rosdi Talib.

``Di situ nampak kekurangan kita dari segi pengalaman,'' kata ketua pasukan negara, Ahmad Shahrul Azhar.

Dalam perlawanan pembukaan kelayakan Kumpulan Tiga Asia kelmarin, Malaysia mendahului menerusi sepakan percuma Rosdi dari jarak kira-kira 20 meter pada minit kesembilan. Bagaimanapun Qatar hanya memerlukan seminit untuk mendapat gol penyamaan menerusi Mohamed Salem Al-Enazi.

Qatar terus unggul apabila menjaringkan empat lagi gol dengan Salem mencipta hatrik dalam perlawanan itu. Malaysia bermain dengan agak baik pada separuh pertama dan kelihatan mampu menyaingi kehebatan lawan, namun permainan menjadi mudah buat Qatar apabila pertahanan negara, Khairil Zainal dilayangkan kad merah dan Qatar mendapat sepakan penalti untuk gol ketiga mereka pada awal babak kedua menerusi Mubarak Mostafa Fazli.

``Ketika kita ketinggalan 2-1 (menerusi Salem pada minit ke-37), semangat pemain-pemain masih kuat.

``Tetapi apabila Khairil dibuang padang dan Qatar mendapat penalti semangat kita terjejas.

``Bermain dengan 10 orang menentang sebuah pasukan yang kuat seperti Qatar adalah amat sukar,'' kata Shahrul ketika ditemui di hotel penginapan skuad negara di Quarry Bay di sini, semalam.

Beberapa pemain negara juga dilihat mengalami kesukaran bermain di padang Stadium Hong Kong, Causeway Bay yang agak licin kerana disirami air sedangkan mereka menggunakan kasut dengan stud getah - dan bukannya stud aluminium - yang mencetuskan kemarahan jurulatih, Allan Harris.

``Bagi pemain, mereka merasakan stud getah sesuai digunakan ketika itu. Walaupun padang agak licin kerana disirami air, tetapi ia masih keras. - Utusan

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0306&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4bTxnB9Gx© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan