Selasa, 14 Mac 2017

Harris terpaksa terima hakikat



ARKIB : 11/01/2001
Menurut Harris, ia satu hakikat yang harus diterima dan bantuan penyerang kebangsaan itu tidak lagi boleh diharapkan bagi mengembalikan maruah skuad negara.

"Keputusan itu harus diterima dan saya tidak kesal kerana ia sudah menjadi satu hakikat. Kita tidak boleh lagi mengharapkan dia berada dalam skuad ini,'' ujar Harris.

Kata Harris bagi memantapkan lagi cabaran, skuad negara akan berlepas ke Fiji pada 2 Februari bagi mengadakan tiga pertemuan dengan pasukan kebangsaan negara itu.

"Kami akan mengadakan tiga perlawanan persahabatan menentang skuad kebangsaan Fiji sebagai ujian awal buat pemain,'' katanya.

Mengenai tahap kecergasan pemain, Harris berkata, sekalipun bercuti panjang selepas Piala Tiger di Thailand dan sambutan Hari Raya baru-baru ini, faktor itu tidak terjejas sama sekali.

"Pemain Malaysia agak berbeza dengan para pemain di Eropah, khususnya England bukan sahaja kerana faktor cuaca kerana mereka mampu mengekalkan kecergasan.

"Bagi pemain England, biasanya pada cuti panjang sebegini mereka banyak makan dan gagal mengawal berat badan dan menjejaskan latihan,'' katanya sambil merujuk kepada dua pemain negara yang beraksi dengan kelab Racing Strasbourg di Perancis, Akmal Rizal Ahmad Rakhili dan Juzaili Samion yang tampak cergas.

Akmal Rizal dan Juzaili Samion yang akan kembali ke Perancis hari ini, turut menjengok sesi latihan di Wisma FAM, semalam.

Sementara itu, Ahmad Shahrul Azhar Sofian yang mengetuai skuad negara pada Piala Tiger di Thailand, hujung tahun lalu, masih belum memulakan sesi latihan sebenar akibat kecederaan.

"Skuad paling mencabar mungkin Qatar, tetapi kita tidak boleh memperkecilkan keupayaan Hong Kong yang dibarisi beberapa pemain kulit putih, begitu juga Palestin.

"Semua pasukan mahu menang, tetapi bagi pemain negara, kami rasa kurang tertekan kerana jurulatih hanya mahukan kami memberi aksi terbaik tanpa meletakkan sasaran tertentu,'' katanya.
Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0111&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_05.htm#ixzz4bJ94FQEQ© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan