Selasa, 14 Mac 2017

Harris belum tentukan perancang



ARKIB : 19/01/2001
Masalah jurulatih dari Britain itu dibebankan lagi dengan nasib yang menimpa Ahmad Shahrul Azhar, ketua pasukan yang telah bertindak cemerlang mengemudi gerakan skuad negara pada Kejohanan Piala Tiger di Thailand November lepas.

Pemain tengah dan ketua pasukan Perak itu masih tidak dapat menjalani latihan penuh bersama rakan-rakannya kerana masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan kaki yang memaksanya berehat panjang.

Ketika ini, Ahmad Shahrul hanya mampu menjalani latihan ringan di tepi padang.

"Saya masih belum menemui pemain yang menunjukkan ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi jurumudi pasukan,'' kata Harris di Kelana Jaya semalam. Beliau bagaimanapun tidak bimbang dengan keadaan itu.

"Mereka masih belum menunjukkan perwatakan sebenar masih-masing selepas bercuti panjang,'' jelas beliau. "Saya yakin tidak lama lagi saya akan mendapat pemain yang dicari-cari.''

Pasukan kebangsaan sedang menjalani latihan pusat di Kelana Jaya sebagai persiapan menjelang pusingan kelayakan Piala Dunia 2002.

Malaysia diletakkan dalam kumpulan 10 bersama-sama Qatar, Palestin dan Hong Kong. Cabaran pusingan pertama bermula di Hong Kong pada 3 hingga 8 Mac manakala pusingan kedua akan dilangsungkan di Doha, Qatar pada 20 hingga 25 Mac

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_04.htm#ixzz4bMOKRFsK
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan