Jumaat, 10 Mac 2017

Final Malaysia-NZ

ARKIB : 18/08/2000
NEW ZEALAND menempah pertemuan dengan Malaysia A pada perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2000 malam esok selepas mengatasi Oman 1-0 pada perlawanan di Stadium Merdeka, semalam.

Ia adalah kemenangan kedua New Zealand untuk mengutip enam mata selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas pasukan remaja negara dan seri tanpa jaringan dengan Malaysia A.

Kejayaan pasukan Kiwi itu sekali gus mengesahkan kemaraan pasukan Malaysia A ke akhir secara automatik, walaupun skuad bimbingan Abdul Rahman Ibrahim itu bermain kemudian menentang Malaysia B.

Dalam perlawanan kedua, Malaysia A menewaskan Malaysia B 3-1.

Gol kemenangan New Zealand dijaringkan oleh penyerang Bradley Scott pada minit ke-65, sekali gus menyingkir Oman daripada kejohanan.

Lebih parah bagi Oman, jurulatih mereka, Carlos Alberto Torres diperintah meninggalkan bangku simpanan kerana membantah satu keputusan pengadil perlawanan, Nazri Abdullah pada pertengahan babak pertama.

Oman bagaimanapun beraksi lebih bertenaga dalam usaha mereka memulihkan kekecewaan selepas tewas 2-0 kepada Malaysia A, Selasa lalu.

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0818&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_01.htm#ixzz4aubvnfEc © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan