Khamis, 9 Mac 2017

Enam muka baharu dipanggil

ONG KIM SWEE (kiri) dan ibunya, Lee Wee Neo memberi penghormatan
ONG KIM SWEE (kiri) dan ibunya, Lee Wee Neo memberi penghormatan terakhir kepada Ong Chwee Guan di Taman Pandan Indah, Melaka semalam.
09 Mac 2017 12:15 AM
MELAKA 8 Mac – Enam muka baharu bakal dipanggil menjalani latihan skuad bola sepak kebangsaan pada 13 Mac ini sebagai persiapan menghadapi Kelayakan Piala Asia 2019.

Ketua Jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee dijangka mengumumkan senarai pemain, Jumaat ini dengan sebahagian besar tonggak Piala AFF 2016 dikekalkan.

Malah katanya, walau apa pun keputusan mengenai venue perlawanan menentang Korea Utara pada 28 Mac ini, pasukannya tetap melakukan persiapan seperti biasa.

“Kita masih menunggu keputusan venue menentang Korea Utara ekoran larangan kerajaan untuk ke sana atas faktor keselamatan kerana keadaan tegang antara dua negara.

“Walau apa pun keputusan (lokasi dipindah) atau perlawanan ditunda, kita tetap bersedia terma­suk menghadapi aksi persahabatan menentang Filipina di Manila pada 22 Mac,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Pandan Indah di sini hari ini.

Kim Swee yang menjalani kursus sebulan bersama kelab Liga Kejua­raan England, Queens Park Rangers (QPR) pulang lebih awal ke tanah air petang semalam selepas me­nerima berita kematian bapanya, Ong Chwee Guan

Sumber-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/enam-muka-baharu-dipanggil-1.453592#ixzz4aopBMSzH © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan