HAZWAN (kiri) bersama Fadhli
Shas pada sesi latihan skuad kebangsaan, semalam.
Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
Shah Alam: Penyerang Hazwan
Bakri mengakui perlu berusaha keras untuk memastikan tempat dalam skuad Harimau
Malaysia.
Meskipun memiliki reputasi baik
bersama Johor Darul Ta’zim (Johor DT) musim ini, namun pemain kelahiran Labuan
itu sedar ia bukan tiket automatik untuk berada dalam pasukan utama kendalian
Datuk Ong Kim Swee.
“Saya berada pada tahap yang
baik dan selepas beraksi bersama Johor DT, saya dapat merasai peningkatan dalam
corak permainan yang mana ia membantu saya ketika beraksi bersama skuad kebangsaan.
“Tapi, saya perlu perkemaskan
lagi penyudah saya dan akan berusaha keras untuk memperbaiki apa saja
kelemahan,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad kebangsaan semalam.
Hazwan melaporkan diri bersama
rakan sepasukannya di Johor DT, Fadhli Shas semalam selepas membantu skuad
Harimau Selatan mengalahkan Global FC 4-0 dalam Piala AFC, kelmarin.
Biarpun terpaksa bersaing
dengan pemain import, pemain berusia 26 tahun itu masih mampu meledak empat gol
buat Johor DT setakat ini.
Selain Hazwan, Kim Swee turut
memanggil Safee Sali dan Amri Yahyah bagi memantapkan bahagian serangan untuk
menghadapi aksi persahabatan antarabangsa dengan Filipina di Manila pada 22 Mac
ini.
“Menjadi satu kebanggaan untuk
mewakili skuad kebangsaan kerana semua pemain pastinya mahu beraksi bersama
skuad negara masing-masing.
“Jadi, saya perlu sentiasa
kekal pada tahap terbaik dan konsisten supaya nama saya sentiasa berada dalam
senarai pemain kebangsaan,” jelasnya.
Sumber-Artikel ini disiarkan
pada : Khamis, 16 Mac 2017 @ 8:29 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan