Sabtu, 18 Mac 2017

85,000 peminat ke Bukit Jalil

ARKIB : 21/07/2001
MINAT menggila terhadap pasukan Manchester United menyaksikan jualan tiket untuk menyaksikan perlawanan juara Liga Perdana England itu dengan Pilihan Malaysia telah terjual sebanyak 60,000 keping setakat ini.

Setiausaha Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Dell Akhbar Khan berkata, pihaknya yakin jumlah itu akan terus meningkat pada hari perlawanan.

``Kami menjangka 85,000 peminat akan ke stadium untuk menyaksikan perlawanan itu,'' kata Dell dalam sidang akhbar bersama-sama pengurus United, Alex Ferguson dan jurulatih skuad kebangsaan, Allan Harris di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, semalam.

``Mungkin kita akan menyaksikan peminat Manchester United lebih ramai daripada skuad kebangsaan,'' kata Dell bergurau.

Red Devils akan bermain menentang Pilihan Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil esok.

Perlawanan itu adalah yang pertama dalam rangka lawatan kelab terkemuka dunia itu ke Asia Tenggara. Selain Kuala Lumpur, United dijadualkan ke Singapura dan Bangkok.
SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0721&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4bhVbXtwx

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan