Sabtu, 18 Mac 2017

Apa kata pengurus

ARKIB : 21/06/2001
Hesham Al Baluchi (Bahrain)
``Kami membawa pasukan yang berjaya melayakkan diri ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia baru-baru ini. Saya harap kami akan mendapat perlawanan hebat di sini supaya dapat bersedia untuk menentang pasukan-pasukan kuat dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia.''

Ivan Sochor (Slovakia)
``Kejohanan ini ialah medan untuk pemain-pemain yang baru disenaraikan dalam pasukan membuktikan komitmen masing-masing sebelum menentang Turki dalam kelayakan Piala Dunia tidak lama lagi. Oleh itu, kami gembira kerana berada dalam kumpulan yang kuat kerana terdapat satu lagi pasukan dari Eropah iaitu Bosnia Herzegovina yang akan kami tentang esok (hari ini) selain Malaysia dan Bahrain.

Medzid Gvozden (Bosnia Herzegovina)
``Sasaran kami sudah tentu untuk mara ke perlawanan akhir kerana kami datang dengan pasukan yang agak kuat iaitu pasukan sama ketika tewas pada saat-saat akhir kepada Sepanyol 3-1 dalam kelayakan Piala Dunia baru-baru ini. Mirsad Beslija yang merupakan antara penyerang utama kami dan penjaring gol tunggal menentang Sepanyol perlu diberikan perhatian di sini.''

Datuk Raja Ahmad Zainuddin

Raja Omar (Malaysia)
``Kita tidak meletak harapan besar tetapi pemain akan memberikan komitmen terbaik kerana inilah pendedahan bertaraf tinggi bermain dengan pemain luar selepas kita menutup pintu kepada pemain import. Ini juga kesempatan kita untuk mendapat pendedahan antarabangsa kerana kita kurang mengadakan lawatan ke luar negara.''

Datuk Dr. Ibrahim Saad (Bawah 23)
``Saya pernah memimpin pasukan senior dan kini bawah 23. Di atas kertas, skuad bawah 23 nampak lebih berkemampuan. Walaupun peluang kami dalam kumpulan B nampak lebih cerah, tetapi kami menghormati semua pasukan.''
Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0621&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4bfHRlGjB

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan