ARKIB : 11/10/2006
KUALA LUMPUR Skuad Olimpik
Malaysia bawah 21 tahun, memulakan kempen bola sepak Piala Ibu Kota SH Bank di
Hanoi dengan dibelasah 0-4 oleh skuad kebangsaan Vietnam, semalam.
Mulanya skuad bimbingan B.
Sathianathan ini nyaris mengejutkan lawan seawal minit ketiga menerusi
percubaan Razali Umar yang sempat diselamatkan oleh penjaga gol, To Vinh Loi.
Namun, Vietnam menghukum
pelawat menerusi tolakan mudah Le Cong Vinh pada minit ke-25 yang gagal
menjaringkan penalti, setelah dia menyudahi satu hantaran Huyh Quang Thanh.
Sepakan penalti Vietnam
disudahi oleh ketua pasukan, Nguyen Minh Phuong pada minit ke-53 manakala
Nguyen Vun Phuong dan Nguyen Anh Duc menjaringkan dua lagi gol terakhir.
Malaysia akan menentang Bawah 23 Tahun Thailand, esok.
Kami memberikan tentangan
biarpun diasak hebat tetapi usia menjadi pemisah. Jika bukan beberapa
kesilapan, keputusannya mungkin lebih baik, kata Sathianathan.
Malaysia turut menurunkan tiga
pemain daripada skuad pelatih ke Sukan Asia Doha seperti ketua pasukan, Ahmad
Azlan Zainal dan Norshahrul Idlan Talaha serta S. Subramaniam.
Anak didik Sathianathan diundi
dalam Kumpulan B pusingan kedua Kelayakan Olimpik mulai 28 Februari depan dengan
Jepun, Syria, Bangladesh atau Hong Kong.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=1011&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4rhAvo6lb
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan