ARKIB : 31/01/2007
Pemain Maldives, Arif Mohamed
(kiri) berebut bola dengan pemain Malaysia, Mohd. Syamsul pada perlawanan
persahabatan di Stadium Cheras, Kuala Lumpur, malam tadi. - Gambar ABD. RAHMAN
SALEH.
KUALA LUMPUR - Masalah
ketumpulan jentera serangan membawa padah apabila skuad bola sepak Olimpik
kebangsaan tewas mengejut 0-1 kepada Maldives pada perlawanan persahabatan di
Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di sini, semalam.
Jurulatih skuad Olimpik
kebangsaan, B. Sathianathan jelas kecewa melihat ketumpulan jentera serangan
yang mensia-siakan banyak peluang terhidang di depan pintu gol lawan untuk
mencipta jaringan.
Saya benar-benar kecewa
jentera serangan yang diturunkan tidak berfungsi. Kita banyak mencipta peluang
di depan pintu gol lawan tetapi malangnya pemain saya gagal manfaatkan peluang
tersebut.
Kita bermain agak lembap
sebaik babak bermula hinggalah lawan memperoleh gol barulah kita hendak
menggandakan asakan tetapi sudah terlambat, katanya ketika ditemui selepas
tamat perlawanan tersebut.
Maldives meledakkan jaringan
tunggal perlawanan menerusi sepakan percuma Abdul Ghani Akram dari luar kotak
penalti gagal diselamatkan oleh penjaga gol skuad Olimpik kebangsaan, Syed
Adney Syed Hussin pada minit ke-36.
Ketinggalan 0-1 memaksa
Sathiananthan mengubah strategi meletakkan tiga penyerang membariskan Abdul
Manaf Mamat, Mohd. Azril Abdul Hamid dan Mohd. Amirul Hadi Zainal.
Namun, rangkaian tiga serangan
nyata tumpul apabila memiliki tidak kurang lapan peluang di babak kedua untuk
mencipta jaringan.
Mengulas lanjut, Sathiananthan
berkata, selain soal masalah ketumpulan jentera serangan kelemahan mental
pemain yang menganggap Maldives adalah lawan yang lemah turut menjadi punca
kekalahan tersebut.
Mental pemain saya tidak
kuat, mereka mudah menganggap mudah terutama berdepan Maldives, sebenar lawan
kita cukup ampuh, ujarnya.
Biarpun terpaksa akur dengan
kekalahan mengejut kepada Maldives, ia sebagai satu pengajaran terbaik kepada
pemain agar lebih mengambil serius dan tidak memandang rendah kekuatan lawan.
Malaysia akan mengadakan
perlawanan persahabatan kedua dengan Maldives di Stadium MBPJ, Jumaat ini.
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0131&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4spcSxDDj
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan