ARKIB : 06/06/2007
DINGIN mungkin istilah terbaik untuk pasukan bola sepak Malaysia yang
bukan sahaja menyiapkan diri untuk bertanding bahkan menjadi tuan rumah
bersama Piala Asia Julai ini.
Rata-rata peminat sukan nombor satu ini tentunya bersimpati dan bersedih mengenangkan nasib yang menimpa pasukan itu sehingga ada suara-suara yang sengaja mempersendakan kebolehan para pemain.
Kepada para pemain anggaplah senda itu satu cabaran untuk membuktikan bahawa kita masih mampu berlawan atau bersaing sekurang-kurangnya di rantau ini.
Mungkin perit untuk menerima teguran-teguran nakal itu tetapi selagi kita bersedia untuk bangkit, selagi itu peluang masih terbuka untuk membuktikan sesuatu.
Sampai sekarang, kita terus tertanya-tanya dimana silapnya kita. Salah pemain atau salah pengurusan ?
Kita terlalu sibuk menghitung dan mencongak waktu untuk ke Piala Dunia sedangkan peluang bertanding dalam Piala Asia secara automatik selaku tuan rumah bersama, semacam tidak dihargai.
Sedang pasukan-pasukan lain begitu serius mengatur perlawanan ujian, pasukan kita hanya berbekalkan tiga perlawanan di Australia, yang dilihat sekadar melepas batuk ditangga apalagi pulang dengan tiga kekalahan selain rekod tanpa jaringan.
Macamana nak ke Piala Dunia, kalaulah begini caranya kita menyiapkan diri ke Piala Asia, komen seorang peminat, apabila bersembang tentang reputasi pasukan bola sepak negara ketika ini.
Jawapan sinis itu mungkin ada kebenarannya.
Untuk pasukan seperti Malaysia, Piala Asia sudah boleh dianggap terlalu besar ertinya sebelum memikirkan Piala Dunia.
Mungkin terdorong dengan kejayaan pasukan-pasukan kerdil seperti Togo, Ivory Coast dan Ghana yang layak buat kali pertama ke Piala Dunia 2006 yang lalu membuatkan kita berfikir mudahnya ke Piala Dunia. sehingga kita leka mencongak apakah kita juga akan ke sana pada tahun 2018 atau 2022.
Mengagung-agungkan kedatangan juara Liga Perdana England, Manchester United satu lagi hal yang menyedihkan.
Sudahlah berada di kedudukan yang salah, apa agaknya yang kita dapat jika mereka ditakdirkan jadi datang ke sini selain bersedia menghadapi kekalahan besar yang mengaibkan.
Dibelasah
Apakah kita sanggup berhibur melihat pasukan negara dipermainkan oleh pasukan yang kaya dan terus mengaut keuntungan di rantau ini. Merdekakah kita kalau dibelasah teruk seperti kedatangan pertama United pada tahun 2001 lalu apabila kita dibelasah 6-1.
Mungkin lebih baik hadiah kemerdekaan itu kita harapkan datang menerusi kemenangan satu atau dua perlawanan dalam saingan Piala Asia.
Malaysia belum pernah memenangi Piala Asia dan bertanding hanya dua kali pada tahun 1976 dan 1980.
Ketika itu, Malaysia cukup hebat dengan nama pemain-pemain seperti R. Arumugam, Santokh Singh, Shukor Salleh, Mokhtar Dahari serta pemain adik beradik Ali dan Isa Bakar.
Meskipun gagal ke separuh akhir, pasukan negara berjaya memungut satu mata apabila seri 1-1 menentang China selepas tewas 0-2 kepada Kuwait di peringkat kumpulan kejohanan di Tehran, Iran.
Malaysia sebelum itu menewaskan Korea Selatan 2-1 dan Thailand 1-0 pada pusingan kelayakan di Bangkok.
Di Kuwait pada 1980, Malaysia seri 1-1 menentang seteru utama, Korea Selatan tetapi kalah 1-3 kepada Kuwait, mengalahkan UAE 2-0 seri 1-1 menentang Qatar.
Kali ini, cabarannya cukup getir apabila Malaysia berada satu kumpulan bersama China, Iran dan Uzbekistan di Kuala Lumpur sedang pusingan awal lainnya berlangsung di Jakarta, Ho Chi Minh dan Bangkok yang disertai oleh pasukan-pasukan gergasi lainnya seperti Australia, Korea Selatan atau Jepun.
Kalaulah persiapan kita acuh tak acuh, macamana mahu memasang impian besar. Dengan pintu untuk layak ke Olimpik juga kian tertutup, apakah pasukan kita hanya mahu berlagak pada kejohanan yang lebih kecil seperti Sukan SEA.
Fikirkanlah, empat tahun lagi belum tentu kita dapat peluang beraksi dalam Piala Asia dengan cabaran sukar menanti diperingkat kelayakan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan