ARKIB : 20/12/2006
SHAH ALAM - Selepas mempamerkan
aksi hambar pada Sukan Asia ke-15 di Doha, skuad bola sepak negara kembali
memasang azam untuk memulihkan nama Malaysia pada Kejohanan Piala Asia di
Thailand, Julai depan.
Apa yang pasti, ketua jurulatih
skuad kebangsaan, Norizan Bakar sekali lagi menggalas cabaran negara di
kejohanan tersebut.
Perancangan dibuat untuk
memastikan pemain bersedia lebih awal sebelum kejohanan bermula, katanya
ketika membentangkan rancangan persiapan skuad negara, pada Simposium Bola
Sepak Antarabangsa Malaysia di sini, semalam.
Menurut Norizan, strategi
tersebut dirancang berdasarkan mutu prestasi semasa skuad negara yang mana
penilaian lebih memfokuskan kepada kelemahan dan kekuatan.
Katanya, pemain negara
mempunyai kelebihan dari segi penguasaan teknik dan kepantasan ketika bermain,
tetapi banyak yang perlu dilakukan bagi menjamin harapan tersebut dapat
dicapai.
Pasukan negara akan memulakan
sesi latihan bermula dari Disember ini hingga Julai tahun depan, ujarnya
Norizan memberitahu, latihan
lebih kepada meningkatkan kekuatan fizikal dan penguasaan teknik terbaru yang
bakal menjadi senjata skuad negara dalam kejohanan Piala Asia.
Pasukan negara harus bersiap
sedia dari sekarang, sekiranya mereka tidak cergas bagaimana mereka akan
bersaing pada kejohanan itu nanti, katanya.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=1220&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4sFzgdG90
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan