ARKIB : 19/12/2006
KUALA LUMPUR Kegagalan di
pusingan akhir Kejohanan Bola Sepak Asia Bawah 20 di Bangalore serta gagal
meraih sebarang pingat di temasya Sukan Asia Doha baru-baru ini, menyaksikan
ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bola sepak kebangsaan jatuh
lagi.
Daripada menduduki tangga
ke-146 sebelum ini, skuad bola sepak kebangsaan yang gagal meraih sebarang
kedudukan terbaik sepanjang tahun ini, terpaksa menerima hakikat terjerumus ke
tangga ke-152 dalam ranking terbaru dunia yang dikeluarkan oleh FIFA, semalam.
Situasi itu mengesahkan lagi
betapa parahnya kedudukan bola sepak negara di pentas dunia ketika Persatuan
Bola Sepak Malaysia (FAM) mensasarkan untuk mencapai impian beraksi di pusingan
akhir Piala Dunia 2022.
Kedudukan terbaru bola sepak
negara pastinya mengundang pelbagai reaksi di kalangan peminat dan pemerhati
bola sepak menyaksikan ranking FIFA bola sepak terus jatuh.
Sementara itu, Brazil masih
lagi kekal di tangga teratas FIFA buat kali kelima berturut-turut sementara
juara dunia 2006, Itali berada di tempat kedua.
Itali hanya memperoleh beberapa
keputusan terbaik untuk berada di kedudukan teratas tetapi mendapat pencapaian
terbaik daripada tangga ke-12 terus ke tangga kedua memungut lebih 500 mata.
Argentina yang gagal layak ke
separuh akhir Piala Dunia di Jerman Jun lalu kekal di tangga ketiga diikuti
oleh Perancis (4), England (5), Jerman (6), Belanda (7), Portugal (8), Nigeria
(9) dan Republik Czech (10).
Wakil Afrika, Nigeria berjaya
mengekalkan tempat di tangga kesembilan dan tidak berganjak kedudukan begitu juga
dengan naib juara Piala Dunia, Perancis dan semi finalis, Jerman.
Tidak banyak berlaku perubahan
kedudukan berdasarkan ranking pada November lalu.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=1219&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4sFxkEnu0
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan