Jumaat, 15 September 2017

Singapura lawan Malaysia separuh akhir



ARKIB : 18/01/2007

KUALA LUMPUR – Juara bertahan, Singapura sah menjadi lawan Malaysia pada separuh akhir Kejohanan Bola Sepak ASEAN (AFF) setelah seri 2-2 dengan Indonesia sekali gus menjuarai Kumpulan B di Stadium Nasional, Singapura, semalam.

Vietnam pula bakal berdepan dengan Thailand selaku naib juara kumpulan itu dalam satu lagi separuh akhir, Rabu ini setelah mereka berpesta gol dengan membelasah Laos 9-0 di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Singapura, Vietnam dan Indonesia masing-masing terikat dengan lima mata selepas tiga perlawanan tetapi anak didik Peter Withe itu tersingkir kerana perbezaan jaringan yang besar dengan dua pasukan teratas kumpulan.

Malaysia mara ke separuh akhir selaku naib juara Kumpulan A sekalipun kalah 1-0 kepada Thailand dengan jaringan Sarayoot Chaikamdee, kelmarin apabila Myanmar diikat seri tanpa jaringan oleh Filipina di Bangkok.

Malaysia akan menjadi tuan rumah separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam pada Selasa ini sebelum berkunjung ke Singapura tanggal 27 Januari ini. Thailand pula akan bertandang ke Vietnam, Rabu ini dan menjadi tuan rumah separuh akhir kedua pada 28 Januari ini.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4sk9U636p
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan