Khamis, 21 September 2017

FAM mahu pemain belia diutamakan



ARKIB : 03/03/2007

Oleh: KAMARUDDIN ISMAIL

IPOH – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta pasukan-pasukan dalam Liga Super, Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia musim ini tidak menjadikan pemain belia sebagai penggenap kuota sahaja.

Sebaliknya, Naib Presiden FAM, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar meminta semua pasukan menurunkan pemain belia untuk aksi 90 minit.

“Sepatutnya pemain belia itu diberi peluang yang lebih luas supaya menjadi pemain berwibawa pada masa depan,” tegas Raja Ahmad di sini, semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM mengakui terdapat beberapa pasukan menggunakan khidmat pemain belia hanya sepuluh minit sahaja.

Sejak awal musim 2006/2007, FAM mengenakan syarat semua pasukan dalam Liga Malaysia menurunkan sekurang-kurangnya seorang pemain belia bagi setiap perlawanan.

Pasukan-pasukan yang gagal berbuat demikian akan dikenakan hukuman pemotongan tiga mata dan didenda.

“Akibatnya, pasukan kebangsaan akan berdepan dengan masalah ketiadaan pemain berwibawa jika pemain-pemain import sering menjadi sandaran utama setiap negeri,” tambah Raja Ahmad.

sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0303&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4tMEvrkAV
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan