Jumaat, 15 September 2017

Norizan ubah corak jumpa Myanmar



ARKIB : 14/01/2007

KUALA LUMPUR – Malaysia hanya akan mengubah corak permainan tetapi masih mengekalkan kesebelasan utamanya yang mencapai kemenangan membenam Filipina 4-0 dalam perlawanan Kumpulan A Kejohanan Bola Sepak ASEAN (AFF), kelmarin.

Ketua jurulatih, Norizan Bakar berkata, skuad negara sudah bersedia menghadapi corak serangan pantas dan agresif Myanmar yang berbeza daripada Filipina dan pernah dialaminya ketika Pestabola Merdeka di Shah Alam, Ogos lalu.

“Syabas kepada pemain saya kerana menewaskan Filipina (kelmarin) tetapi mereka masih ada beberapa kelemahan. Kemenangan itu sudah jadi sejarah dan kali ini kami mahu hadapi Myanmar yang bakal turun habis-habisan dengan corak yang agresif,” katanya.

Norizan yang membimbing Malaysia ketika tewas 2-1 kepada Myanmar dalam perebutan ke perlawanan akhir Pestabola, turut mengakui bahawa lawan merupakan sebuah pasukan yang amat berbahaya jika banyak ruang diberikan oeh anak buahnya.

“Berita baiknya ialah tiada siapa pun pemain Malaysia yang tercedera,” katanya. Myanmar sebaliknya kehilangan penjaga gol utamanya, Aung Aung Oo yang tercedera jari setelah bermain cemerlang kelmarin dengan menyekat serangan juara tiga kali, Thailand.

sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4sjokhy00
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan