ARKIB : 23/03/2007
Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
KUALA LUMPUR Skuad Olimpik
Malaysia mempamerkan peningkatan permainan sekalipun akhirnya terpaksa menyerah
2-1 kepada Arab Saudi dalam perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium
Petaling Jaya, semalam.
Anak didik B. Sathianathan
bukan sahaja mempertahankan kubu daripada dibolosi lebih banyak gol, bahkan
mampu menguasai sepanjang 45 minit babak kedua perlawanan menjelang Kelayakan
Olimpik menentang Hong Kong, Rabu ini.
Kami turut bermain dengan 10
orang selama 55 minit selepas penyerang, Samransak Kram dibuang padang kerana
kad merah dan Arab Saudi cuma beroleh dua gol mereka dalam tempoh 12 minit
babak pertama.
Biarpun kalah, saya tetap
berbangga dengan pasukan dan pengalaman ini mampu dimanfaatkan semula apabila
menghadapi Hong Kong (perlawanan ketiga Malaysia dalam Kumpulan B di Stadium
Mongkok), katanya.
Gol tunggal skuad Olimpik
negara dijaringkan oleh bek tengah, Aidil Zafuan Abdul Razak menerusi satu
sepakan sudut pada babak kedua. Dua perlawanan pada 28 Februari dan 14 Mac lalu
menyaksikan Malaysia kalah 3-1 dan 2-1 kepada Syria dan Jepun.
Arab Saudi kini menerajui
Kumpulan D Kelayakan Olimpik selepas menewaskan Jordan dan Iran 1-0 dan akan
menentang Australia selepas ini. Hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan mara
ke pusingan akhir dari 22 Ogos hingga 21 November ini.
Semalam, Sathianathan menguji
kemampuan Syed Adney Syed Hussein, penjaga gol kelahiran Liverpool, England
yang berpengalaman dan membarisi kesebelasan utama Sukan Asia Doha, Disember
lalu.
Dia bagaimanapun digantikan
Farizal Marlias manakala bahagian benteng menampilkan gandingan Aidil dengan
ketua pasukan, Ahmad Azlan Zainal di tengah sambil diapit S. Subramaniam dan
Sabri Mat Abu di kiri dan kanan.
Bahagian tengah dikendalikan
oleh Azi Shahril Azmi dan Safiq Rahim di samping Amirul Hadi Zainal dan Khyril
Muhymeen sementara Samransak dan Azril Hamid ditugaskan untuk memburu gol
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0323&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4tPgi6kK6
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan