ARKIB : 09/11/2006
KUALA LUMPUR Hajat Persatuan
Bolasepak Malaysia (FAM) untuk memasukkan nama dua pemain Bawah 20, Khyril
Muhymeen Zambri dan Shafiq Rahim ke dalam skuad ke Sukan Asia mungkin tidak
akan berjaya, kata ketua kontinjen negara Datuk Abdullah Sani Karim semalam.
Saya dimaklumkan bahawa FAM
meminta untuk memasukkan dua nama baru ke dalam skuad tetapi saya tidak fikir
ia akan diterima kerana sudah terlalu lewat.
Kami akan berusaha membantu
tetapi tiada jaminan kerana ia dibuat selepas tarikh tutup pendaftaran sudah
berlalu terlalu lama, jadi saya fikir peluangnya terlalu tipis, kata Abdullah
Sani kepada pemberita selepas mesyuarat pengurus-pengurus pasukan ke Sukan Asia
di Bukit Jalil semalam.
Tarikh akhir untuk mendaftarkan
atlet baru ialah pada 31 Oktober lepas.
Sementara itu, Jawatankuasa
Penganjur Sukan Asia Doha (Dagoc) telah meluluskan nama tiga pemain badminton
yang dihantar pada hari terakhir pendaftaran iaitu Mohd. Fairuzizuan Tazari-Lee
Woon Fui dan Tan Boon Heong.
Mohd. Fairuzizuan-Woon Fui
menggantikan pasangan veteran Lee Wan Wah-Choong Tan Fook manakala Boon Heong
menggantikan Chan Chong Ming untuk berpasangan dengan Koo Kien Keat.
Sementara itu atlet gimnastik
artistik Durratun Nashihin terpaksa melupakan Sukan Asia akibat kecederaan bahu
dan digantikan oleh Jaime Lee.
Penembak Nurul Huda Baharin
juga terpaksa menarik diri akibat masalah kesihatan dan tempatnya digantikan
oleh Mariani Rafali.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=1109&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4sCY9nEaj
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan