Sabtu, 9 September 2017

Jangan mudah mengalah – Tengku Abdullah



ARKIB : 20/11/2006

KUANTAN – Skuad bola sepak kebangsaan bawah 23 yang bakal beraksi di Sukan Asia di Doha, Qatar bulan depan perlu mempamerkan semangat juang yang tinggi sekali pun mereka kini kehilangan sokongan dari peminat setia sukan itu.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, kalah atau pun menang tidak menjadi keutamaan bagi pasukan tersebut kerana apa yang lebih penting adalah kecekalan untuk mengharungi pahit getir bermain dengan pasukan yang ternyata jauh lebih kuat dari mereka.

‘‘Menang atau kalah, ia merupakan adat pertandingan tetapi para pemain perlu kuat untuk mempamerkan aksi yang memberangsangkan sewaktu di atas padang,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Menurut Tengku Abdullah, beliau amat memahami gelodak perasaan yang dirasai olehpenyokong yang amat kecewa dengan prestasi barisan pemain kebangsaan.

‘‘Saya faham apa yang dirasai oleh penyokong kerana saya juga kecewa tetapi perasaan ini tidak boleh saya pamerkan di hadapan para pemain yang amat memerlukan suntikan semangat dari saya dan juga pegawai-pegawai FAM,” tegasnya.

Beliau menjelaskan, dalam situasi ini, sebagai rakyat Malaysia, para peminat sukan tersebut perlu memberi sokongan tanpa berbelah bagi agar semangat yang cuba dibina oleh pemain kebangsaan tidak pudar.

Katanya lagi, walaupun menyedari pasukan yang bakal ditentang oleh Malaysia bukanlah calang-calang lawan tetapi apa yang menjadi keutamaan bagi para pemain adalah semangat yang kental untuk mempamerkan aksi terbaik mereka sewaktu di Doha.

Tambahnya, tekanan yang kian dirasai oleh pemain adalah satu perkara biasa setiap kali menjelang kejohanan besar seperti Sukan Asia dan ia perlu diharungi oleh para pemain

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=1120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4sEIaoZiF
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan