Khamis, 21 September 2017

Piala Hassanal: Skuad belia negara ke separuh akhir



ARKIB : 09/03/2007

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD

KUALA LUMPUR – Skuad Bawah 18 Tahun Malaysia mencipta kejutan dengan mara ke separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Belia ASEAN - Piala Hassanal Bolkiah Ketiga setelah menewaskan Singapura 2-0, semalam.

Ia menjadi pencapaian luar dugaan apabila mengambil kira persediaan skuad remaja negara yang cuma dilakukan dalam kurang dua minggu selain had umur penyertaan kejohanan ini yang ditetapkan bagi bawah 21 tahun.

Kemaraan anak didik K. Rajagopal di Kompleks Sukan Berakas, Brunei itu turut dipermudahkan dengan kejayaan Thailand membelasah Vietnam 5-0 dalam satu lagi perlawanan sekali gus menjuarai Kumpulan A.

Dua jaringan Akmal Noor dan Ah mad Aminuddin Shahruddin pada minit ke-39 dan 47, membantu Mala ysia mengukir kemenangan sulung itu ke atas barisan lawan bimbingan T. Pathmanathan.

Kemenangan itu juga memastikan Malaysia muncul naib juara kumpu lan selepas mengutip empat mata dan akan menentang Myanmar, juara Kumpulan B pada separuh akhir.

Sebelum ini, Malaysia diikat 1-1 oleh Vietnam dan kalah 4-1 kepada Thailand, juara bertahan. Vietnam se kadar mengumpul dua mata dan menduduki tempat ketiga hasil dua keputusan seri termasuk 0-0 dengan Singapura.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0309&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz4tNJJnuf3
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan