Isnin, 18 September 2017

Frank panggil lebih ramai muka baru



 
Kuala Lumpur: Lima pemain skuad Piala Presiden DRB-Hicom FC antara muka baru disenaraikan menjalani latihan pusat ketiga pasukan bawah 22 tahun (B-22) negara selama tiga hari mulai 7 Mei ini.

Mereka ialah Mohamad Hamirul Hakim Mohamad Akher, Muhammad Daniel Azeem Mohd Fauzi, B Sanjef Dinesh, Muhammad Zikry Kamaruzzaman dan Mohamad Hakimi Isa.

FAM dalam kenyataannya memaklumkan ketua jurulatih, Frank Bernhardt turut menyenaraikan tiga pemain skuad Piala Presiden Sime Darby FC - Muhamad Hafiz Zalani, Wan Arfan Wan Ibrahim dan Muhamad Firdaus Kasim dalam senarai 25 pemain dipanggil.

Badan induk itu turut menjelaskan kesemua pemain perlu melaporkan diri kepada Bernhardt pada 7 Mei ini.

Pasukan B-22 negara yang turut dikenali sebagai skuad Projek Sukan SEA 2017 telah menjalani dua sesi latihan dan turut beraksi dalam beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini.

Mohd Firdaus Zulkaffli (Perlis); Amirul Ikmal Hafiz (JDT II); Kalamullah Al Hafiz Mat Rowi (Felda United); Muhammad Zulkhairi Zulkeply (UiTM FC); Tommy Mawat a/k Bada (Sarawak); Muhammad Irfan Zakaria dan S. Thipan Raj (Kuala Lumpur); Muhammad Ashar Al Aafiz Abdullah dan Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim (Pahang)

Mohamad Raphi Azizan Mariappen dan Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah); Muhammad Shafiq Hashim dan Muhammad Rizal Che Aziz (Perak); Muhammad Zarif Irfan Hashimuddin dan Muhammad Faizzudin Mohd Abidin (Selangor); Muhammad Zuasyraf Zulkiefle dan Muhammad Mohd Faudzi (T-Team)

Muhamad Hafiz Zalani, Wan Arfan Wan Ibrahim dan Muhamad Firdaus Kasim (Sime Darby FC); Mohamad Hamirul Hakim Mohamad Akher, Muhammad Daniel Azeem Mohd Fauzi, B. Sanjef Dinesh, Muhammad Zikry Kamaruzzaman dan Mohamad Hakimi Isa (DRB-Hicom FC). BERNAMA

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 April 2016 @ 11:42 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan