Sabtu, 16 September 2017 |
3:23pm
SKUAD B-19 negara mengenepikan
Myanmar menerusi sepakan penalti, 5-4 di Yangon, semalam. -
Foto FAM
Mara final B-18 AFF bukti
perubahan FAM: Khairy
Oleh Sukhairi Thani dan Helmi
Talkah
bhsukan@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan
Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar gembira dengan kejayaan pasukan B-19 tahun
kendalian Bojan Hodak mara ke final Kejuaraan Bawah-18 AFF (B-18 AFF) di
Myanmar.
Katanya, pencapaian itu adalah
bukti jelas kemampuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam membentuk
generasi pasukan yang mampu menyerlah di masa depan.
Skuad Malaysia melangkah ke
penentuan kejuaraan selepas mengenepikan cabaran tuan rumah menerusi sepakan
penalti, 5-4 di Yangon, semalam.
"Saya nak ucap tahniah
kepada B-19 yang layak ke final Kejuaraan B-18 AFF. Kalau kita tengok kejayaan
pasukan kebangsaan muda terutamanya B-22 yang layak ke Piala AFC B-23... ini
pasukan yang sama ke final Sukan SEA dan rangkul pingat perak manakala B-19 ke
final AFF.
"Ini bukti perubahan yang di
bawah kepimpinan baharu FAM, kini sudah mula membuahkan hasil. Ini adalah
perkembangan positif yang perlu diberi sokongan dan saya percaya FAM sekarang
ini sudah melihat untuk lima hingga 10 tahun akan datang.
"Jadi kejayaan ini
menunjukkan masa depan bola sepak semakin cerah. Cuma, perlu kekalkan momentum
dan pastikan mereka ini akan dapat pengalaman di liga serantau dan
antarabangsa," katanya selepas melawat venue temasya Sukan Para ASEAN
Kuala Lumpur (Para KL2017), di Bukit Jalil, di sini, hari ini.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Sabtu,
16 September 2017 | 3:23pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan