Jumaat, 29 September 2017

Bola sepak kita merudum ke tangga ke-156 dunia



ARKIB : 18/05/2007

KUALA LUMPUR – Bola sepak Malaysia terus merudum berdasarkan ranking terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang dikeluarkan semalam.

Ranking pasukan kebangsaan turun dua anak daripada tangga 154 April lalu turun kepada 156 untuk berkongsi kedudukan bersama-sama Myanmar dan Grenada.

Situasi itu memberikan gambaran jelas bahawa bola sepak Malaysia semakin merudum dan bertambah parah hanya belum sampai ke tahap nazak atau tenat.

Pengumuman ranking terbaru itu sekali gus menimbulkan tanda tanya dan keresahan di kalangan peminat bola sepak seluruh negara.

Penurunan ranking pasukan kebangsaan sudah dijangkakan selepas prestasi hambar skuad senior, bawah 20 tahun dan terbaru skuad Olimpik di bawah bimbingan B. Sathianathan.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0518&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4u4jNzH94
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan