Wartawan Sinar Harian
13 September 2017
Harap tawaran lebih baik demi
keluarga
Thanabalan mahu beri tumpuan
bantu Felcra FC layak beraksi ke Liga Perdana musim depan. - Foto Sinar Harian
oleh AFIQ RAZALI
PENYERANG skuad Bawah 22 (B-22)
Tahun negara, N Thanabalan berkata, beliau sedia mempertimbangkan tawaran
bermain di luar negara sekiranya itu dapat membantu mengubah nasib keluarganya.
Namun pemain Felcra FC itu yang
menjadi watak penting ketika membantu Malaysia meraih pingat perak pada Sukan
Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bulan lalu menegaskan beliau perlu meneliti
beberapa faktor terlebih dahulu termasuk soal untuk menjaga bapanya yang kini
terlantar sakit.
“Setakat ini saya belum mendapat
apa-apa tawaran, tapi saya ada dengar khabar angin perkara tersebut melalui
media. Kalau dapat tawaran bagus dari segi gaji dan sebagainya, mungkin saya
akan pertimbangkan.
“Kalau boleh saya mahu beraksi
dengan pasukan yang dapat memberikan saya peluang selama 90 minit. Semestinya
saya mengharapkan tawaran lebih baik kerana perlu jaga keluarga saya
terutamanya ayah saya yang kini lumpuh,” katanya.
Sebuah akhbar tempatan sebelum
ini melaporkan Thanabalan dan lima lagi pemain skuad B-22 diintai kelab Liga 1 Thailand selepas mereka mempamerkan
aksi memberangsangkan pada KL2017.
Pemain lain ialah Muhammad Adib
Zainudin, Adam Nor Azlin (Selangor),
Mohd Syamer Kutty Abba dan Muhd Jafri Firdaus Chew (Pulau Pinang) serta pemain
Pahang, Muhamad Nor Azam Abdul Azih.
Anak jati Seremban ini juga
berkata, tumpuannya ketika ini ialah untuk membantu Felcra FC layak beraksi ke
saingan Liga Perdana musim depan.
“Pengurusan Felcra FC banyak
bantu saya dan rakan sepasukan. Jadi kami amat terhutang budi dan bertekad
membantu pasukan layak beraksi ke Liga Perdana pada 2018,” katanya.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 13 September 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan