SKUAD muda negara melepasi
halangan sulung Kejuaraan Bawah 18 tahun AFF 2017 dengan membelasah Laos 4-1 di
Stadium Aung San, Myanmar, semalam. Facebook FAM
05 September 2017 3:00 AM
AddThis Sharing Buttons
Share to FacebookShare to
TwitterShare to WhatsAppShare to TelegramShare to EmailShare to More
KUALA LUMPUR 4 Sept. – Malaysia
memulakan kempen Kejuaraan Bawah 18 tahun (B-18) Persekutuan Bola Sepak Asia
Tenggara (AFF) 2017 dengan langkah kanan apabila membelasah Laos 4-1 di Stadium
Aung San, Myanmar hari ini.
Kemenangan itu membolehkan
skuad Bawah 19 (B-19) kendalian Bojan Hodak menduduki tangga teratas Kumpulan
A, berkongsi tiga mata dengan Thailand yang sebelum itu menewaskan Timor Leste
3-0 di Stadium Thuwunna namun dipisahkan dengan perbezaan gol.
Keputusan bekas pengendali
Johor Darul Ta’zim (JDT) itu memanggil Akhyar Rashid yang baru sahaja membantu
skuad bawah 22 memenangi pingat perak pada Sukan SEA 2017 bulan lalu nyata
berbaloi apabila pemain muda Kedah itu meledak dua gol.
Dalam aksi tersebut, pemain
Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Hadi Fayyadh Abdul Razak membuka tirai
jaringan pada minit ke-28 sebelum Akhyar menggandakan pada minit ke-45.
Laos cuba bangkit apabila
merapatkan defisit gol menerusi jaringan Bounphachan Bounkong tiga minit
selepas rehat namun Akhyar kembali menjarakkan kedudukan setelah meledak gol
pada minit ke-60.
Ketika permainan seakan-akan
berkesudahan menang 3-1, Hadi menjaringkan gol kedua peribadinya pada minit
ke-90.
Selepas ini Malaysia akan
bertemu Singapura di venue yang sama pada Rabu ini.
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/malaysia-mula-kempen-b-18-aff-dengan-positif-1.522959#ixzz4s8kzqSTR
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan