Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
KEGAGALAN meraih pingat emas
pada saingan Sukan SEA bukan penamat buat skuad bawah 22 tahun (B-22) namun
namun kedudukan jurulatih Datuk Ong Kim Swee menjadi tanda tanya sama ada untuk
terus membimbing pasukan atau tidak memandangkan kontraknya bakal berakhir
hujung tahun ini.
Adakah kegagalan mengulangi
kejuaraan 2011 di Sukan SEA Jakarta bakal mendorong FAM membuat pertimbangan
semula biarpun kontrak dikatakan bakal disambung selepas kejayaan membawa
pasukan layak ke pusingan akhir Kejohanan AFC B-23 buat kali pertama secara
automatik.
Suka atau tidak, Kim Swee yang
sebelum ini diketepikan untuk memberi laluan kepada Frank Bernhardt, adalah
watak penting dalam dua kejayaan pasukan itu tahun ini.
Tidak dapat dinafikan Kim Swee
menjadi penggerak barisan pemain skuad B-22 yang bakal menjadi taruhan negara
melakar kejayaan lebih besar di pentas lebih berprestij, termasuk pusingan
akhir Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 di China tahun depan.
Biarpun seperti diturunkan
pangkat daripada mengendalikan skuad Harimau Malaya kepada skuad B-22 Mac lalu,
komitmen pengendali kelahiran Melaka itu tidak boleh dipertikaikan.
Pelbagai kesukaran seperti
kesuntukan masa dan kegagalan mendapatkan pemain utama kerana jadual padat
Liga-M dihadapinya namun masih berjaya mengemudi pasukan dalam dua tugasan
besar tahun ini.
Dalam sidang media selepas
perlawanan malam tadi, Kim Swee menegaskan anak buahnya perlu segera bangkit
daripada kekalahan tipis 0-1 kepada Thailand.
“Selepas ini kita ada tugasan
di Kejohanan AFC (B-23). Kita akan berkumpul semula Disember ini sebelum kita
memulakan kempen di China. Biarpun kita kalah hari ini (semalam), saya percaya
kita dalam landasan tepat.
“Ada sedikit perubahan pemain
berbanding kita tewas 0-3 kepada Thailand di pusingan kelayakan AFC di Bangkok
bulan lalu dan kali ini kita lebih matang dalam permainan untuk menyaingi
mereka,” katanya
SUMBERArtikel ini disiarkan
pada : Rabu, 30 Ogos 2017 @ 8:26 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan