Sabtu, 2 September 2017

Akhyar perkuat skuad B-18



Akhyar perkuat skuad B-18
 Muhammad AKHYAR ABDUL RASHID (atas) menampilkan permainan matang sepanjang kempen Sukan SEA baru-bar
Skuad Bojan Hodak buat persediaan hadapi Kejohanan AFF di Yangon
Muhammad AKHYAR ABDUL RASHID (atas) menampilkan permainan matang sepanjang kempen Sukan SEA baru-bar           2
MUHAMMAD AKHYAR ABDUL RASHID (atas) menampilkan permainan matang sepanjang kempen Sukan SEA baru-baru ini.

03 September 2017 3:00 AM
KUALA LUMPUR 2 Sept. - Selepas mencuri perhatian pengendali skuad bawah 22 (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee khidmat pemain muda sensasi Kedah, Muhammad Akhyar Abdul Rashid terus ditagih apabila dia dipanggil untuk menyertai skuad 23 pemain bawah 18 (B-18) negara pula.

Akhyar, yang merupakan antara pemain muda paling menonjol ketika ini setelah membantu skuad Kim Swee meraih pingat perak Sukan SEA selepas kalah tipis 1-0 kepada Thailand, dipanggil oleh pengendali skuad B-19 negara, Bojan Hodak untuk mengharu­ngi kempen Kejohanan B-18 AFF 2017 yang berlangsung di Yangon, Myanmar pada 4-17 September ini.

Skuad bekas pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT) itu diletakkan dalam Kumpulan A bersama Laos, Singapura, Timor Leste, Kemboja dan Thailand.

Malaysia akan memulakan kempen mereka dengan bertemu Laos pada Isnin ini sebelum menentang Singapura pada 6 September dengan kedua-dua perlawanan tersebut berlangsung di Stadium Aung San.

Mereka kemudiannya akan menentang Timor Leste (pada 8 September), Kemboja (10 September) dan Thailand (12 September) di mana ketiga-tiga aksi itu diadakan di Stadium Thuwunna.

Kumpulan B pula menampilkan Vietnam, Myanmar, Indonesia, Brunei dan Filipina.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke separuh akhir pada 15 September sebelum perlawanan akhir diadakan pada 17 September ini di Stadium Thuwunna.

Kejohanan itu menjadi platform terbaik kepada Hodak untuk melihat kelompok pemain terbaik sebagai persiapan sebelum menghadapi kelayakan B-19 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 di Korea Selatan pada November ini.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik skuad B-19 dalam kejohanan tersebut adalah pada tahun 2003, 2005, 2006 dan 2007 apabila berjaya meraih tempat kedua.

Pada 2009 skuad B-19 menamatkan saingan di tempat keempat dalam kempen yang berlangsung di Vietnam dan berada di kedudukan ketiga pada tahun 2011. Dua tahun lalu, pasukan muda negara tewas di peringkat saingan separuh akhir dan menamatkan kempen di tempat keempat.
Sumber- UTUSAN MALAYSIA ONLINE 03 September 2017 3:00 AM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan