KUALA LUMPUR Skuad bola sepak
Bawah 23 Tahun Malaysia mengalami kekalahan sulung, 2-3 kepada Bahrain,
kelmarin dalam siri kunjungan ke Asia Barat bagi menghadapi Sukan Asia Doha,
Disember ini.
Anak buah Norizan Bakar ini
tidak mampu mengekalkan rentak pantas pada perlawanan persahabatan di Stadium
Antarabangsa Bahrain itu sekalipun sempat mendahului 2-1 sehingga tamat babak
pertama.
Malaysia yang sebelumnya,
menewaskan kelab Al Nasr 1-0 dan skuad Olimpik Amiriah Arab Bersatu (UAE) 2-1
di Dubai, beroleh gol menerusi Azlan Ismail dan Azi Shahril Azmi pada minit
ke-26 dan 40.
Azlan menyudahkan lantunan
daripada gerakan satu dua antara Norshahrul Idlan Talaha dengan Norfarhan
Mohamad sementara jaringan Azi Shahril tiba hasil rembatan sejauh 25 meter.
Malaysia akan menentang Bahrain
lagi, esok
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=1001&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4ree8eWXx
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan