Ahad, 17 Disember 2017

Ulasan jurulatih terlalu ego

ARKIB : 26/01/2009
“INILAH barisan kita... yang ikhlas berjuang...” Kepada seluruh warga Malaysia, janganlah membuta tuli membidas pasukan bola sepak malaysia.

Permainan bola sepak ibarat berperang dengan menggunakan teknik dan taktik berperang seperti menyerang dan bertahan.

Jika hanya mengeluarkan pendapat dan kritikan tidak memadai. Cubalah jika kita bersatu hati membatu memberi semangat bila pasukan negara kita bermain di padang sendiri.

Adilkah bagi seluruh warga kerja FAM dipersalahkan?

Bagi pendapat saya... tidak adil, kerana mereka berjuang tanpa sokongan moral dan kata-kata semangat yang jitu dari rakyat Malaysia.

Petikan lagu di atas membuktikan perjuangan yang longlai tanpa suara gerak gempita rakyat malaysia bagi menggerunkan pihak lawan.

Cuba bayangkan pemain bermain di padang sendiri tetapi tiada penyokong sendiri.

Jika kita setia, taat dan bersatu pada negara marilah sama-sama bersatu membina sebuah pasukan bola sepak yang digeruni di pentas dunia.

Apa pun, saya teramat terkilan dengan ulasan jurulatih Malaysia, yang terlalu ego dan bongkak. Bagi saya jika mengetuai badan FAM, jurulatih tersebut harus melepaskan jawatan dengan segera.

Bukan kerana kekalahan 0-5 pada pasukan UAE tetapi ulasan yang amat memalukan seluruh rakyat Malaysia.

Jangan sampai pisang berbuah berkali-kali. Seharusnya belajar dari kesilapan dan mendongak ke langit untuk maju kehadapan.

Semoga kegemilangan bola sepak Malaysia akan jadi kenyataan.

Dan inilah yang dinantikan seluruh rakyat Malaysia untuk melihat mereka mara dengan gagah di pentas dunia. Insya-Allah dengan izin Allah.

– MOHAMAD NAZIB AHMAD
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0126&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_08.htm#ixzz51ZW6I0eW

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan