ARKIB : 18/01/2009
KUALA LUMPUR - Nizaruddin Yusof
tidak pernah memperlekehkan setiap panggilan menyertai skuad negara sekalipun
peminat bola sepak tanah air menyifatkannya terlalu tua untuk memikulnya.
Malah, penjaring terbanyak Liga
Super musim 2009 setakat ini dengan lima gol dari Perlis ini tetap berbangga
dan sentiasa terangsang dengan peluang itu, di sebalik kecaman terhadap skuad
negara kerana kegagalan pada Piala Suzuki AFF di Phuket, bulan lalu.
"Saya tidak kisah apa
orang kata. Setiap kali dipanggil berbakti, saya tekad beri yang terbaik
walaupun sukar untuk memasuki kesebelasan utama negara," katanya menjelang
perlawanan Kelayakan Piala Asia 2011 menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di
sini, Rabu ini.
Nizaruddin, 30, cukup menyedari
prestasi dan sentuhan penyudah Safee Sali sentiasa konsisten dan di tahap terbaik
sekarang sama ada ketika mewakili Selangor mahupun negara sekali gus semakin
menyulitkan laluannya untuk diturunkan sebagai penyerang.
Namun, dia turut konsisten
menjaringkan gol buat Singa Utara dalam tiga daripada empat perlawanan Liga
Super termasuk muncul pemain sulung mencipta hatrik musim ini ketika menewaskan
Pahang 3-2 di Kangar, 6 Januari lalu.
"Ia sentiasa terpulang
kepada jurulatih, B. Sathianathan untuk menurunkan barisan terbaik negara
apatah lagi dia cenderung menggunakan Safee sebagai penyerang tunggal dengan
sokongan Hairuddin Omar atau Zaquan Adha Radzak mahupun Indra Putra Mahayuddin.
"Namun, saya percaya fokus
saya ke perlawanan ini lebih baik setelah banyak musibah peribadi yang datang
dan agak menjejaskan saya ketika Pestabola Merdeka dan Piala Suzuki AFF
lalu," katanya.
Nizaruddin bagaimanapun pernah
digandingkan dengan Safee ketika satu persahabatan menentang kelab Slovakia,
Slovan Bratislava, September lalu tetapi pertandingan sebenar lebih banyak
menyaksikannya turun sebagai pemain gantian bagi 20 minit terakhir
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz51UJ0whDJ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan