ARKIB : 13/12/2008
KUALA LUMPUR - ''Inilah
kumpulan pemain terbaik yang dimiliki negara, jangan bubar skuad ini. Berilah
kami peluang,''. Begitu luahan pemain berhubung kritikan supaya skuad
kebangsaan ditukar ekoran kekalahan di kejohanan bola sepak Piala Suzuki AFF di
Phuket, baru-baru ini.
Para pemain berkata,
membubarkan skuad kebangsaan bukan jalan penyelesaian seperti yang disarankan
oleh Raja Bola, Datuk Ghani Minhat, kelmarin.
Malah, jika tersilap memilih
pemain, kata mereka, mungkin skuad pengganti bakal mengalami kekalahan lebih
memalukan daripada apa yang dialami di Phuket apabila pasukan Malaysia gagal
melepasi saingan peringkat kumpulan.
Pemain senior, Hairuddin Omar
berkata, pembubaran demi pembubaran ke atas skuad nasional yang menjadi trend
setiap kali Malaysia kalah, terbukti tidak memberi hasil yang diharapkan.
''Kita mungkin masih ingat apabila
jurulatih Bertahan Bisckei merombak skuad negara dengan menyenaraikan pemain
baru secara keseluruhannya.
''Tetapi apakah pencapaian
skuad baru yang menggantikan pemain-pemain lama itu? Bagaimana nasib pemain
yang dipilih oleh Bisckei sekarang?
''Alih-alih pemain-pemain ini
juga (skuad sekarang) yang dipanggil semula. Kita perlu sedar inilah pemain
terbaik yang kita ada, jangan dirombak semua, setakat diganti oleh beberapa
pemain itu sudah memadai,'' katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau mengulas saranan Ghani
supaya skuad kebangsaan bimbingan B. Sathianathan diganti dengan pemain lebih
bagus selepas gagal pada kejohanan di Phuket.
Pada kejohanan itu, Malaysia
menang 3-0 ke atas Loas pada perlawanan pembukaan namun tewas kepada Vietnam
2-3 selepas itu yang menjadi punca kita gagal layak ke separuh akhir sebelum
pulang awal apabila kalah 0-3 kepada Thailand.
Seorang lagi pemain senior,
Nizaruddin Yusof berkata, skuad kebangsaan kendalian Sathia memiliki pemain
yang bagus, contohnya ketua pasukan, Shukor Adan.
''Jangan asyik ghairah
membubarkan pasukan setiap kalah kita kalah. Ini merugikan pemain-pemain muda
kerana mereka memiliki bakat.
''Ya memang kita kurang pemain
penyerang, jadi perbaiki posisi yang menjadi kelemahan kita,'' katanya.
Penyerang muda, Mohd. Zaquan
Adha. Abd. Razak berpendapat, skuad kebangsaan dikritik dan dilihat tidak bagus
hanya disebabkan gagal di Phuket.
''Jika kami memang tempoh hari,
ini semua tidak berlaku. Ketika kita menang di Pesta Bola Merdeka tahun lalu,
kami dipuji. Ini tidak adil. Inilah masalahnya bola sepak kita, apabila kalah
dikritik habis-habisan
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1213&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz51E9mKagY
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan