Khamis, 14 Disember 2017

Kedudukan Malaysia turun

ARKIB : 18/12/2008
KUALA LUMPUR - Kegagalan skuad negara ke separuh akhir Piala Suzuki AFF dalam persaingan Kumpulan B di Phuket, minggu lalu, turut menurunkan kedudukannya dalam Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dari ke-151 ke-156.

Ranking yang dikemaskinikan semalam turut mengambil kira kekalahan anak buah B. Sathianathan kepada Vietnam 3-2 dan Thailand 3-0 tetapi memberikan 127.50 mata ketika mereka mengalahkan Laos 3-0 di Phuket.

Turut dikira ialah kekalahan Malaysia kepada Myanmar 4-1 dalam separuh akhir Piala Cabaran Grand Royal di Yangon, bulan lalu manakala 54.40 mata diperoleh skuad negara kerana mengikat Singapura 2-2 dalam perlawanan persahabatan di Petaling Jaya, sebelum AFF.

Malaysia dan Myanmar kini berkongsi ranking FIFA tetapi skuad negara berada ke-28 berbanding lawan, ke-29 di kalangan negara anggota Gabungan Bola Sepak Asia (AFC)
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz51EdjdVmF

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan