ARKIB : 26/01/2009
INILAH barisan kita... yang
ikhlas berjuang... Kepada seluruh warga Malaysia, janganlah membuta tuli
membidas pasukan bola sepak malaysia.
Permainan bola sepak ibarat
berperang dengan menggunakan teknik dan taktik berperang seperti menyerang dan
bertahan.
Jika hanya mengeluarkan
pendapat dan kritikan tidak memadai. Cubalah jika kita bersatu hati membatu
memberi semangat bila pasukan negara kita bermain di padang sendiri.
Adilkah bagi seluruh warga
kerja FAM dipersalahkan?
Bagi pendapat saya... tidak
adil, kerana mereka berjuang tanpa sokongan moral dan kata-kata semangat yang
jitu dari rakyat Malaysia.
Petikan lagu di atas
membuktikan perjuangan yang longlai tanpa suara gerak gempita rakyat malaysia
bagi menggerunkan pihak lawan.
Cuba bayangkan pemain bermain
di padang sendiri tetapi tiada penyokong sendiri.
Jika kita setia, taat dan
bersatu pada negara marilah sama-sama bersatu membina sebuah pasukan bola sepak
yang digeruni di pentas dunia.
Apa pun, saya teramat terkilan
dengan ulasan jurulatih Malaysia, yang terlalu ego dan bongkak. Bagi saya jika
mengetuai badan FAM, jurulatih tersebut harus melepaskan jawatan dengan segera.
Bukan kerana kekalahan 0-5 pada
pasukan UAE tetapi ulasan yang amat memalukan seluruh rakyat Malaysia.
Jangan sampai pisang berbuah
berkali-kali. Seharusnya belajar dari kesilapan dan mendongak ke langit untuk
maju kehadapan.
Semoga kegemilangan bola sepak
Malaysia akan jadi kenyataan.
Dan inilah yang dinantikan
seluruh rakyat Malaysia untuk melihat mereka mara dengan gagah di pentas dunia.
Insya-Allah dengan izin Allah.
MOHAMAD NAZIB AHMAD
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0126&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_08.htm#ixzz51ZW6I0eW
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan