Khamis, 14 Disember 2017

Maafkan saya Mohd. Helmi

ARKIB : 10/12/2008
Oleh SAYED HESHAM IDRIS
KUALA LUMPUR – Penjaga gol kebangsaan Mohd. Helmi Eliza Elias memohon maaf kepada rakyat Malaysia gara-gara kesilapan melepaskan gol mudah yang menyebabkan pasukan negara kalah 2-3 kepada Vietnam di Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF dekat Phuket, kelmarin.

Mohd. Helmi, 25, mengakui jaringan terakhir pasukan lawan merupakan kesilapannya.

Akur dengan kesilapannya yang menyempitkan laluan skuad kebangsaan ke separuh akhir, penjaga gol pasukan Liga Super Kedah itu berkata, dia sedia dikritik.

‘‘Saya akui gol-gol pasukan lawan berpunca daripada kesilapan saya. Paling ketara jaringan kemenangan Vietnam kerana kesilapan saya membuat perkiraan sehingga jauh meninggalkan posisi.

‘‘Untuk itu saya memohon maaf kepada rakyat Malaysia terutama peminat bola sepak negara di atas kecuaian saya sehingga pasukan kebangsaan terpaksa tunduk dengan kekalahan kepada Vietnam,’’ katanya ketika dihubungi di Phuket, semalam.

Menurut Mohd. Helmi, dia terlalu kecewa kerana kesilapannya telah menyebabkan pasukan kebangsaan tewas.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com
sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1210&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz51Dr7K0z2

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan