Isnin, 4 Disember 2017

5 pemain Kedah, Perak dilepaskan

ARKIB : 04/09/2008
KUALA LUMPUR - Lima pemain skuad pelatih bola sepak negara dari Kedah dan Perak dikecualikan daripada siri perlawanan persahabatan di Slovakia dari 13 hingga 27 September ini sebagai persediaan menghadapi Pestabola Merdeka Ke-40, bulan depan.

Kata jurulatih negara, B. Sathianathan, mereka ialah Helmi Eliza Elias, Shafizan Hashim, Khyril Muhymeen Zambri, Hardi Jaafar dan S. Subramaniam kerana khidmat mereka diperlukan Kedah dan Perak bagi suku akhir Piala AFC pada 16 dan 23 September ini.

Dalam perlawanan pertama, Kedah - juara tiga gelaran Liga Malaysia 2007- 2008 akan bertandang ke Bahrain untuk menentang naib juara Piala AFC 2006, Al Muharraq manakala Perak menanti Safa SC Lebanon di Ipoh, hari yang sama.
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0904&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_08.htm#ixzz50MTDwKio

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan