Isnin, 18 Disember 2017

Sathia sedia terima keputusan FAM

ARKIB : 31/01/2009
KUALA LUMPUR - B. Sathianathan akan menerima sebarang keputusan mesyuarat jawatankuasa eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Isnin ini mengenai kedudukannya selaku ketua jurulatih kebangsaan.

Beliau memberitahu Bernama bahawa, apa jua keputusan yang diambil tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus berbakti kepada bola sepak negara.

"Namun saya tetap berharap agar dapat menyumbangkan sesuatu untuk meningkatkan mutu bola sepak Malaysia dengan pengalaman serta pendedahan yang dimiliki di peringkat domestik dan antarabangsa," katanya ketika diminta mengulas mengenai kedudukannya selaku ketua jurulatih kebangsaan setelah mengeluarkan kenyataan kontroversi 'Liga Malaysia bukan bola sepak'.

Dia mengeluarkan kenyataan itu selepas kekalahan 0-5 kepada Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras Rabu lepas.

"Saya akan menyerahkan laporan perlawanan itu kepada FAM hari ini termasuk mengenai kepincangan dalam persiapan skuad kebangsaan untuk menentang UAE," katanya.

Kata beliau, dalam laporan itu juga akan terkandung cadangan serta langkah bagi mengelakkan keputusan sama pada masa depan berulang namun ia tetap terpulang kepada FAM.

"Kita harus sedar untuk perlawanan seperti ini (lawan yang lebih kuat), ia tidak boleh disamakan dengan pemain-pemain kelab di Eropah yang melepaskan pemain mereka untuk mewakili negara dalam tempoh tiga atau empat hari sebelum perlawanan," katanya.

Sathia sebelum ini diberikan persediaan selama lima hari sebelum perlawanan malah beberapa tonggak utama mengalami kecederaan termasuklah ketua pasukan, Mohd. Shukor Adan.

Malaysia akan menentang Uzbekistan di Stadium Pakhtakor, Tashkent (14 November) dan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 18 November ini. - Bernama
sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0131&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz51bFI0Vag

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan